Monday, 27 October 2014

Menghakimi Penagih Dadah

Setiap insan menginginkan kehidup yang sempurna. Tak de orang yang nak hidup dia tunggang-langgang kan. Termasuklah penagih dadah. Bila kita sebut je penagih dadah, semua benda jahat kita dah pikir dengan golongan ni kan. Kalau baca sura khabar pun, berapa banyak kes penagih dadah ni bunuh orang yang dorang sayang. Tapi, dorang buat benda tu semua diluar kawalan dorang kan. Kalau fikir balik, kalau dorang tak 'high' dorang pun manusia biasa macam kita.

Sebenarnya, dalam dunia ni masih ada penagih dadah yang bertanggungjawab dekat adik beradik dia sendiri. Walaupun adik dia tengah sakit, si penagih masih boleh jaga adik dia dengan sempurna. Masih boleh jaga makan pakai adik dia. Ada kita fikir yang penagih dadah ni sebenarnya tahu mengaji, tahu semayang bila azan dilaungkan, tahu hal ehwal semasa, suka membaca, ajar adik dia semayang, tulis dekat manilakad dari niat solat hingga tahiyat akhir. Aku dulu pun ada bad perception dekat golongan ni. Tapi lepas lihat depan mata apa si penagih ni buat dekat adik dia, aku sedar aku bukan Tuhan nak hakimi golongan ini lagi. Termasuklah golongan manusia yang lain.

Penagih dadah ni pun ada perasaan macam kita. Cuma kesilapan yang dibuat, masa depan dia jadi musnah. Semua manusia tak nak jadi penagih dadah kan, tapi kadang-kala akal fikiran yang diberikan oleh ALLAH menjadikaan kita tersalah pilih hala tuju hidup kita.

No comments:

Post a Comment