Wednesday, 8 October 2014

Dari Subuh ke Petang

Siapa cakap dalam masa satu hari tak boleh pergi banyak tempat and buat aktiviti berfaedah. Last month aku dangan kawan-kawan aku plain semua tempat ni and Alhamdullilah semua jadi.


So let's start our journey...



1.Batu Caves, Gombak

Dalam pukul 7 pagi, semua dah kumpul dekat Batu Caves. Tangga Batu ada 272 anak tangga naik sahaja dan turun 272 so total 544 anak tangga korang kena daki.Masa nak naik tu punyalah syok giler sebab aku teruja habis nak tahu apa ada dekat atas. So bila sampai dekat atas tu lah terletaknya kuil penganut Hindu and ada tangga lagi dekat dalam tu. Masa kiteorang decide nak panjat tangga ni, kiteorang dah prepare tahap stamina kena ok supaya nanti tak la semput masa nak naik tangga ni. Time nak turun tangga ni, aku nampak jelas view Gombak and bagi yang gayat better korang tengok tangga je la mcm aku ni. hihi

Inside of Batu Caves
Puas bila dapat setelkan tangga Batu caves ni


Masa turun tu dah banyak burung Merpati tunggu makanan masing-masing. Ada 2,3 orang yang baik hati bagi makanan dekat burung-burung ni. Uncle yang bagi makanan ni cakap, kalau burung tu makan dekat tangan dia, maknanya mulut burung ni cacat. Hurmm kesian kan.



Lepas habis melawat Batu Caves ni, kiteorang singgah area mamak dekat situ untuk breakfast. Dekat area tu banyak je mamak korang boleh singgah.

2.    Forest Research Institute Malaysia, Kepong

Forest Research Institute Malaysia atau FRIM ni dah dekat area Batu Caves dah. Dalam pukul 9 lebih gitu kiteorang dah sampai. Kalau nak pergi sini memang teramatlah best naik basikal je. Kiteorang park kereta dekat luar and sewa basikal just RM5 sehari je. Dekat luar FRIM tu ada kedai basikal lama and dekat situlah kiteorang sewa basikal yang teramatlah murah sekali. Nasib kiteorang baik sebab masa sampai tu, cukup 7 buah basikal untuk kiteorang. So kalau korang nak basikal harga macam ni, korang kena cepat sebab masa kiteorang nak sewa, ada satu family ni tengah tunggu turn nak sewa jugak. Nak masuk dalam FRIM sekepala kena ayar RM1 je. Murah kan. Dekat dalam tu pun ada kedai jual makanan dan minuman so overall memang selesa nak riadah dekat sini.

Inilah basikal harga RM5 sehari. Belakang kiteorang tu air terjun so kalau nak picnic memang best lah. 

Basically, dalam FRIM ni memang sesuai sangat tempat nak riadah dengan family, kawan-kawan dan makwe-pakwe. Sebab apa, sebab korang boleh cikedaut website ni http://www.frim.gov.my/. Harga untuk canopy walkaway RM5 sahaja. Masa kiteorang nak pergi ni tak de rezeki sebab tak jumpa tempat jual tiket tu. Rasa noob giler sob sob sob.

3. Sungai Pisang, Gombak (Belakang UIAM)

Actually aku tak pernah pergi sungai ni. Ni pun member aku yang bagi tahu sebab dia dulu belajar dekat UIAM. Sungai ni pun memang belakang UIAM je tapi kalau yang tak pernah pergi langsung baik korang tanya member-member korang atau Google je  jalan nak ke sini. Nak sampai sungai ni kena lalu kawasan kampung and jalan agak sempit nak parking kereta. Nak parking kereta pun kena bayar RM1 sekepala. Aku tak tahu lah ni undang-undang baru ke nak masuk air terjun sekarang ni kena bayar ikut kepala. Dari Batu Caves ke FRIM so kiteorang rilek- rilek pulak dekat air terjun.


                                                
Lepas dah puas lepak dekat Sg Pisang, kiteorang singgah UIAM untuk mandi and Zohor dekat situ. Nasib baik member aku ni alumni sana so tak de masalah kiteorang nak cari tempat bersihkan diri. Lepas dah segar kiteorang lunch dekat situ je senang. Perut dah kenyang kiteorang pergi our last destination pulak.

4. Taman Layang-Layang, Gombak

Siapa yang tak pernah pergi sini aku cadangkan korang pergi la tempat ni. Dalam pukul 3 petang macam tu kereta dah start banyak sampai kena parking dekat luar. Dekat taman ni korang boleh buat macam-macam akiviti. Jogging, main belon, berkelah, and of course main layang-layang la kan. Korang boleh beli layang-layang dekat sini, boleh sewa roller blade, boleh lepak dengan member-member. Kiranya macam-macam la korang boleh buat. Kiteorang just lepak, main layang-layang and main buih belon tu je.
  
                                         Tangkap gambar memang kiteorang suka. hihi




Actually area Kolumpo ni tak de lah bosan sangat pun. Macam kiteorang keluar pukul 6 pagi sampai 6.30 petang macam-macam aktiviti boleh buat. So tak payah la cakap Kolumpo ni boring dohhhhhhh.....Bukan ada benda boleh buat melainkan lepak mamak, tengok wayang and so on. Kenalah rajin Google cari tempat-tempat best dekat area sini kan. Selain berfaedah, belanja aktiviti macam ni bukan mahal pun. Tong-tong minyak dengan member, makan dekat mamak/warung, gelak-gelak lepastu balik. At least hilanglah sikit stress lepas kerja 5 hari seminggu tu kan.

Assalamualaikum...






No comments:

Post a Comment